Sunday, December 25, 2016

Penjawat awam akan diberi cuti tanpa rekod sekiranya anak dijangkiti penyakit berjangkit


Seremban - Mulai 1 Januari 2017 para kakitangan awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod selama 5 hari sekiranya anak-anak disahkan dijangkiti penyakit berjangkit sewperti demam denggi atau campak dan perlu dikuarantin lapor mStar Online. Selain itu penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), cacar air, difteria dan malaria juga turut dibenarkan

Image result for penyakit campak


"ibu bapa akan dibenarkan bercuti sehingga 5 hari selagi kanak-kanak berusia bawah 18 tahun ataupon bawah 21 tahun bagi anak-anak yang masih mengikuti pengajian tinggi," kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Namun begitu, had umur tersebut tidak sah pakai jikalau kanak-kanak yang sakit itu cacat dari segi fizikal mahupun mental.

Keputusan ini dibuat adalah bertujuan untuk membolehkan ibu bapa menjaga serta meluangkan masa bersama anak-anak. Pemeriksaan perubatan boleh dilakukan samada di hospital kerajaan dan swasta.